Remaja lelaki maut motosikal bertembung kereta

BAU: Seorang remaja lelaki maut setelah motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan di KM 18, Jalan Bau-Serikin, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.30 malam.
Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, mangsa, 16, bergerak menuju ke arah Serikin telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta pelbagai utiliti (MPV) yang bergerak dari arah Serikin menuju ke Kuching.
“Akibat daripada kemalangan ini, mangsa telah mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan dan kaki.
“Mangsa telah meninggal di tempat kejadian serta disahkan oleh paramedik Hospital Bau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelasnya, semasa kejadian, keadaan cuaca adalah baik dan keadaan jalan lurus.
Mangsa telah di bawa ke Hospital Bau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker