Ronaldo mahu pindah segera



MANCHESTER: Cristiano Ronaldo akan kembali ke England untuk memberitahu Manchester United yang dia mahu berpindah keluar dari Old Trafford secepat mungkin.

Bintang Portugal berusia 37 tahun itu akan berbincang dengan United untuk menegaskan yang dia tidak akan menerima sebarang tawaran baharu daripada mereka.

Ronaldo tidak bersama pasukan dalam jelajah pra-musim ke Thailand dan Australia atas alasan keluarga, dan skuad kendalian Erik ten Hag akan kembali berlatih di Carrington hari ini.

Ronaldo mahukan perpindahan ke kelab yang layak beraksi di Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Dia belum pernah beraksi di Liga Europa sepanjang kariernya.



United menegaskan penyerang itu tidak akan dijual dengan Ten Hag berkata Ronaldo berada dalam perancangannya.

Pengendali dari Belanda itu akan cuba memujuk Ronaldo, yang kembali ke Old Trafford dari Juventus pada Ogos 2021 untuk kontrak dua tahun dan pilihan lanjutan setahun lagi.

United bersedia meminjamkannya kepada pasukan lain untuk beraksi di pentas tertinggi Eropah, dengan Atletico Madrid antara pasukan terbaru yang dikaitkan dengannya.

Sebelum ini Ronaldo dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich, Chelsea dan Napoli, namun ia tidak menjadi kenyataan.



Ronaldo, penjaring terbanyak United dengan 24 gol dalam semua pertandingan musim lalu, gigih mengekalkan kecergasannya di Lisbon.

United akan membuka kempen Liga Perdana Inggeris menentang Brighton pada 7 Ogos ini.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker