Budak maut ditimpa dinding konkrit: Polis serah kertas siasatan kepada TPR

Budak maut ditimpa dinding konkrit: Polis serah kertas siasatan kepada TPR

Budak maut ditimpa dinding konkrit: Polis serah kertas siasatan kepada TPR
Polis sudah lengkapkan kertas siasatan selepas mengambil keterangan ibu dan bapa kanak-kanak itu.

BALING: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan selepas mengambil keterangan ibu dan bapa kanak-kanak berusia lapan tahun yang maut ditimpa dinding konkrit di rumahnya di Kampung Padang Lalang, Besah, Mukim Tawar, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, keterangan ibu bapa mangsa masing-masing berusia 30 dan 39 tahun itu diambil pada hari kejadian.

Beliau berkata, pihaknya sudah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.



“Kita serahkan kepada TPR untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sembang Kari Haji Hadi


Media sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut ditimpa batu bata dinding yang baru dibina di kawasan belakang dapur rumahnya di Kampung Padang Lalang Besah.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Wan Abdul Aziz Wan Mohamad Solehudin, 8, yang ketika itu bermain dengan adiknya, Wan Mohamad Baihaqi, 4, di kawasan dapur rumahnya meninggal dunia selepas ditimpa batu bata di lokasi kejadian.



Bagaimanapun adiknya hanya cedera ringan.

Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tawar sebelum mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut.

Budak maut ditimpa dinding konkrit: Polis serah kertas siasatan kepada TPR

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker