Lelaki Orang Asli lemas selepas 14 jam tenggelam cari ikan di lombong

Lelaki Orang Asli lemas selepas 14 jam tenggelam cari ikan di lombong

Lelaki Orang Asli lemas selepas 14 jam tenggelam cari ikan di lombong
Anggota bomba ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa di lombong tinggal di Solok Menggong, dekat Machap Umboo. – Foto ihsan pembaca

ALOR GAJAH: Seorang lelaki Orang Asli ditemui lemas selepas dilaporkan hilang ketika menjaring ikan di sebuah lombong tinggal di Solok Menggong, dekat Machap Umboo, di sini, petang semalam.

Mangsa, Jerrey Juli, 34, ditemukan di dasar lombong berkenaan jam 9 pagi tadi oleh pasukan penyelamat di air (PDPA) kira-kira 14 jam selepas dilaporkan hilang.

Mangsa disedari hilang kira-kira jam 5 petang oleh adik iparnya ketika menyelam selepas siap memasang jaring di lombong berkenaan.



Mangsa dikatakan ke lombong tinggal itu bersama lima ahli keluarga termasuk dua anaknya berusia enam dan 10 tahun kerana ia lokasi biasa untuk mencari ikan air tawar.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat,” katanya.

15 pendatang asing maut bot tenggelam di Greece

Lelaki Orang Asli lemas selepas 14 jam tenggelam cari ikan di lombong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker