Mejar Dr Suwaibah dalam misi MM1030

Mejar Dr Suwaibah dalam misi MM1030

 

Mejar Dr. Suwaibah Nasir kini dalam persiapan menyempurnakan Misi Menawan 10 Menara Malaysia dan 30 Menara Tertinggi Di Dunia (MM1030).

Misi tersebut bermula pada 23 Julai 2022, dengan menawan Menara 188 Kuantan yang mana pelepasan larian tersebut telah disempurnakan oleh Penaung Diraja MM1030 iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

Mejar Dr Suwaibah dalam misi MM1030

Baginda diiringi oleh YB Dato’ Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.

Turut serta dalam larian semalam ialah para pelajar dari sekolah terpilih di Kuantan.
Suwaibah yang juga merupakan Ikon Sukan Negara berhasrat untuk menawan 10 Menara Tertinggi di Malaysia sebelum hujung tahun ini.

10 menara tersebut ialah:

1. Menara 188 Kuantan
2. Menara Telekom Kuala Lumpur
3. KLCC
4. Menara Alor Setar
5. Menara Kembar Bank Rakyat Kuala Lumpur
6. Menara FELDA Kuala Lumpur
7. Coronation Square Tower Johor Bahru
8. Menara KOMTAR Pulau Pinang
9. Menara Kinabalu Kota Kinabalu
10. Wisma Sanyan Sibu

Pada tahun hadapan pula, beliau berhasrat untuk menawan 30 Menara Tertinggi dalam usaha beliau menjadi manusia pertama di dunia berjaya menawan 52 buah menara tertinggi di muka bumi.

Misi tersebut dijangka memakan masa sekurang-kurangnya memakan masa selama 2 tahun untuk diselesaikan.

Antara menara yang disenaraikan ialah:

1. Burj Khalifa Dubai
2. Empire State Building New York
3. The Shard London
4. Eiffel Tower Paris
5. Taipei 101 Taiwan
6. Sichuan Tower Chengdu
7. Ostankino TV Tower Moscow
8. Skyland Tower Istandbul
9. One Liberty Place Philadelphia
10. N Seoul Tower Seoul

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker