Resepi Udang Goreng Butter

Resepi Udang Goreng Butter
Resepi Udang Goreng Butter

 

Kali ni Che nom tunjukkan cara untuk masak Udang Goreng Butter, resepi yang mudah saja tapi perlukan sedikit teknik dan ketelitian untuk hasil yang menjadi. Udang mestilah guna yang segar, kita goreng dengan sedikit salutan tepung untuk dapatkan udang yang garing di luar dan lembut di dalam.

Kemudian, kita masak pula telur bersarang halus, atau egg floss dengan minyak butter, yang juga memerlukan teknik dan kawalan suhu yang betul bila memasak. Kalau anda betul-betul ikuti video ni, gerenti akan dapat hasil yang sangat memuaskan.

Dari segi rasa, manis-manis udang tu bila dimakan bersama egg floss yang lemak harum dari butter dan daun kari, memang cukup membuka selera.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk telur bersarang:
    • 2 ulas bawang putih
    • 2 tangkai cili padi
    • sedikit garam
    • ½ sudu kecil serbuk pati ayam
    • 1 sudu kecil gula
    • 1 tangkai daun kari
    • 1 ½ cawan minyak masak
    • 50g / 3 sudu besar mentega
    • 5 biji telur kuning
  • Bahan-bahan untuk udang goreng:
    • 7 ekor udang besar
    • 2 sudu besar tepung jagung
    • sedikit garam
    • 1 cawan minyak masak

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk udang goreng:
    1. Gaul sekata udang bersama tepung jagung dan sedikit garam.
    2. Goreng udang sehingga kekuningan dengan api yang kuat dalam beberapa minit sahaja, lalu angkat dan toskan minyak.
  2. Cara-cara untuk telur bersarang:
    1. Kacau telur kuning dan tapis.
    2. Masukkan minyak dan mentega lalu buka api perlahan. Panaskan dan kacau sehingga mentega cair.
    3. Tuang adunan telur kuning dengan tinggi jarak lebih kurang 2 kaki daripada kuali sambil mengacau gorengan telur. Tuang telur sedikit demi sedikit.
    4. Kuatkan api. Goreng dan kacau perlahan sehingga buih-buih kecil terhasil.
    5. Masukkan bawang putih cincang, potongan cili padi,daun kari, sedikit gula dan garam secukup rasa serta serbuk pati ayam.
    6. Sambung goreng sehingga masak, berbuih dan naik bau, lalu masukkan udang goreng. Kacau bahan lebih kurang 30 saat.
    7. Tapis kesemua bahan untuk toskan minyak sehingga kering.
    8. Selepas kering, udang goreng butter siap untuk dihidang.

 

Tip:

 

  • Selain mentega, boleh juga digantikan dengan marjerin.
  • Bagi memastikan sama ada minyak sudah cukup panas adalah dengan celupkan hujung chopstik didalam minyak, jika berbuih bermakna minyak sudah cukup panas dan sedia untuk menggoreng.
  • Pastikan udang tidak terlebih masak apabila digoreng, cukup sekadar garing diluar tetapi didalam tidak terlalu masak.
  • Minyak gorengan udang boleh disimpan sebagai kegunaan masakan lain.
  • Bagi gorengan telur bersarang, wajib menggunakan minyak baru.
  • Pastikan tuang telur dengan tinggi dan jatuh bertali halus kedalam kuali sambil mengacau gorengan telur dengan putaran ataupun membulat pada satu arah.

Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?

Resepi Udang Goreng Butter


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker