Polis terima 8 laporan tipu urusan beli binatang korban

BAGAN SERAI: Polis menerima lapan laporan kes penipuan urusan pembelian lembu dan kerbau untuk ibadah korban tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat, berkata sehingga petang tadi sebanyak lapan laporan polis diterima terhadap seorang lelaki membabitkan kerugian sekitar RM163,300.

“Pada Ogos tahun lalu, seorang mangsa yang juga pesara kerajaan berusia 55 tahun dikunjungi lelaki terbabit yang juga kenalannya di kediamannya dan menawarkan jualan kerbau untuk ibadah korban bagi tahun ini dengan harga RM2,500 seekor.



“Tertarik dengan harga yang ditawarkan, mangsa membayar RM 2,500 kepada lelaki itu pada 27 Ogos tahun lalu bertempat di Taman Serai Permai.

“Mangsa sekali lagi menghubungi lelaki berkenaan dan bertanyakan jualan lembu korban dan sekali lagi membuat pembayaran tunai RM9,000 pada 3 Julai lalu bagi pembelian dua ekor lembu untuk tujuan sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya selepas daripada tarikh itu lelaki berkenaan gagal dihubungi sehingga hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang berasakan ditipu tampil membuat laporan polis dan sehingga petang tadi sebanyak lapan laporan diterima dengan anggaran kerugian sekitar RM163,300.



Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button