Selepas sayur, telur naik harga, roti pula akan menyusul?

Selepas tular kenaikan harga sayur dan bahan mentah asas, dijangkakan roti akan menyusul dengan pengumuman kenaikan harga pada Disember 2021.

Tular di aplikasi Whatsapp senarai harga baru roti jenama Gardenia bermula 1 Disember 2021. Adakah senarai tersebut benar? Jika tidak benar, pihak Gardenia wajar mengeluarkan kenyataan bagi menjernihkan keadaan.

Agak mengejutkan melihat kadar harga baru roti berkenaan dan kenaikan harga ini perlu dipandang serius pihak Kementerian.

Hayat jawatan Menteri KPDNHEP yang dilantik Ismail Sabri sedang dihitung menjelang 100 hari pemerintahan #Keluarga Malaysia dan kegagalan Menteri mengawal harga makanan serta bahan mentah akan menjejaskan imej Ismail sendiri.

Rakyat yang masih terkesan dengan penurunan ekonomi akibat covid19 masih perlu bergelut dengan isu kewangan tetapi di pihak kerajaan inisiatif peningkatan ekonomi masih dalam keadaan lembab. Ini meningkatkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan.

 

Siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Pastinya pihak pengeluar menyalahkan kenaikan kos manakala pihak pembekal akan meletakkan beban kepada pengguna. Kitaran ini tidak akan memberi makna kepada rakyat ketika ekonomi mereka masih belum pulih.

Ayam & telur naik harga, kangkung tumpang berlumba sama

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker