40 warung warga asing, terbiar diroboh

Johor Bahru: Sebanyak 40 warung warga asing, terbiar dan kosong di bandar raya ini dirobohkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam tujuh siri operasi bersepadu bersama polis.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman berkata, operasi itu membabitkan Kawasan Perindustrian Taman Desa Cemerlang, Kawasan Perindustrian Tebrau dan Taman Tampoi Indah.

Katanya, kesemua gerai yang dirobohkan sudah diberikan notis terlebih dahulu atas kesalahan mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) Seksyen 46 (1)(a) sebelum operasi dijalankan.



“Hasil pemeriksaan mendapati keadaan gerai ini yang amat kotor dan tidak terurus, malah ada sebahagian gerai yang membuang sampah terus ke dalam sungai.

“Kebanyakan gerai juga dibina diatas rezab jalan yang terbiar dan kosong,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebarang aduan berkaitan gerai warga asing, terbiar atau kosong boleh dibuat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam MBJB di mbjb.spab.gov.my.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button