130 orang menerima dos vaksin COVID-19 yang salah

SINGAPURA – Terdapat seramai 130 orang di negara ini menerima dos vaksin COVID-19 yang salah, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini.

Bercakap di Parlimen, Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, berkata sehingga 26 September lalu, seramai 11 orang mengalami masalah kesihatan akibat mengambil dos berlebihan, manakala 119 lagi akibat pengambilan vaksin yang terkurang.

Ia adalah daripada kira-kira 16 juta dos vaksin COVID-19 yang diberikan sejak permulaan wabak itu di negara berkenaan.

Daripada jumlah 130 orang itu, tujuh daripadanya terdiri kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun yang tidak mempunyai sebarang reaksi buruk.



Selebihnya, membabitkan golongan dewasa sama ada tidak mengalami reaksi buruk atau pulih, kata Dr Puthucheary.

Maklum balasnya tiba selepas insiden bulan lalu, di mana dua orang dewasa masing-masing diberi satu botol penuh vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 yang tidak dicairkan di sebuah klinik di Hougang.

Seorang pesakit dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit kepala dan degupan jantung meningkat dan sudah dibenarkan keluar daripada hospital.

Klinik itu, terletak di bawah Kumpulan Perubatan ProHealth dan doktor yang memberikan vaksin berkenaan sudah digantung daripada Program Vaksinasi Kebangsaan sehingga diberitahu kelak.



Tahun lalu, antara kes lain membabitkan seorang wanita berusia 103 tahun yang tersilap diberikan dos keempat vaksin COVID-19 dan 111 pesakit serta enam kakitangan di Poliklinik Bukit Merah diberi dos vaksin yang lebih rendah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker