Zeti Aziz wajib hadir ke Mahkamah sebagai saksi

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Zeti Aziz wajib hadir ke Mahkamah sebagai saksi

 

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aziz merupakan saksi utama kes 1MDB dan beliau sepatutnya wajib hadir ke Mahkamah untuk proses soal balas di samping menjelaskan persoalan besar yang selama ini menjadi misteri.

Bagaimanapun, Zeti yang mendapat ‘cuti sakit’ selama 2 hari, melanjutkan percutiannya sehingga hari ini dan masih tidak ke Mahkamah.

Netizen mula skeptikal dengan alasan demi alasan oleh Pendakwaraya setiap kali melibatkan Zeti Aziz. Tidak kurang netizen menjadikan Zeti sebagai bahan lucu dengan menggambarkan beliau kini sedang ‘cuti bersalin’.

Mengapa sukar bagi pihak Pendakwaraya mengheret Zeti ke Mahkamah? Adakah kerana beliau bekas Gabenor Bank Negara atau ada sebab lain? Jika ‘cuti sakit’ dijadikan alasan, itu semua sudah masuk kategori menipu kerana Zeti mampu dan sihat untuk hadir ke program lain dan hanya akan sakit sekiranya perlu hadir ke Mahkamah.

Zeti Aziz wajib hadir ke Mahkamah sebagai saksi

 

Banyak persoalan yang perlu Zeti jelaskan sebagai saksi utama kes 1MDB. Malah jika diteliti, Zeti juga sebenarnya perlu memberi penjelasan berkaitan kes SRC Bhd serta penubuhan awal syarikat berkenaan. 

 

Menjawab persoalan itu, Najib berkata, dia tidak dirujuk mengenai penubuhan SRC sehinggalah selepas melihat dokumen berkaitan

Menurutnya, dia mendapati ia ditubuhkan melalui B&M Consultancy Services Sdn Bhd dan Lim Poh Seng, yang juga setiausaha syarikat 1MDB.

Katanya, dia tidak pernah terbabit atau mengadakan rundingan bagi kemasukan peruntukan itu dalam Memorandum dan Artikel SRC , dan hanya mendapati di dalam surat bertarikh 3 Jun 2011 (P364), SRC menyatakan penubuhannya diluluskan oleh Nor Mohamed. – Laporan 3/12/2019

Benarkah penubuhan SRC International merupakan arahan Najib Razak atau ianya cadangan dari Maybank Investment di mana Nazlan Ghazali merupakan sebahagian daripada pengurusan syarikat perbankan tersebut.

Perlu diingatkan ada laporan dari Singapura melibatkan ahli keluarga Zeti yang dikatakan menerima wang dari 1MDB. Bagaimanapun, selepas beberapa persetujuan, wang tersebut telah dikembalikan tetapi bukan dalam jumlah yang sama seperti yang telah diterima.

Received 700 million, Singapore returned 65 million, where is the balance?

Ini juga menimbulkan persoalan besar, mengapa sehingga hari ini penglibatan ahli keluarga Zeti masih tidak ada tindakan seolah ianya dibenarkan berlaku?

Wajibkan Zeti ke Mahkamah agar beliau boleh menjawap segala persoalan yang akan dikemukakan pihak Peguambela. Jangan ada ‘tangan ghaib’ cuba lindungi kebenaran dari dibuka kepada umum.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker