Limau, cili dibawa penumpang dari Dumai kena rampas

Limau, cili dibawa penumpang dari Dumai kena rampas

Limau, cili dibawa penumpang dari Dumai kena rampas
Pegawai MAQIS menunjukkan buah limau dan cili segar yang dirampas daripada penumpang di Terminal ICQS Muara Sungai Melaka, semalam. NSTP/Ihsan MAQIS

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Melaka merampas tujuh bungkusan berisi buah limau dan cili segar yang cuba dibawa masuk ke negara ini secara tidak sah, semalam.

MAQIS Melaka memaklumkan rampasan dilakukan hasil pemeriksaan ke atas beberapa penumpang yang masuk dari Dumai, Indonesia menerusi Terminal Feri Antarabangsa, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Muara Sungai Melaka, Melaka.

“Pemeriksaan oleh pegawai MAQIS mendapati segelintir penumpang feri cuba membawa masuk hasil pertanian seperti cili segar dan buah limau.



“Barangan ini diisi dalam bungkusan plastik dan disembunyikan dalam bagasi pakaian masing-masing bagi mengaburi pegawai penguat kuasa MAQIS,” kata kenyataan MAQIS, hari ini.

Berikutan itu, katanya, pegawai MAQIS bersama pihak Kastam Diraja Malaysia merampas hasil pertanian yang dibawa tanpa sebarang dokumen pengimportan seperti Permit Import MAQIS dan Sijil Fitosanitasi itu.

“Perbuatan mengimport apa-apa jenis keluaran hasil pertanian tanpa permit import MAQIS adalah kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Mereka yang dikesan melakukan perbuatan ini boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta sama dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.



Sehubungan itu, katanya, penumpang feri dari negara luar yang mahu membawa masuk produk pertanian, perlu mematuhi segala peraturan dan syarat ditetapkan.

Umum rehat politik, Azmin takut kalah

Limau, cili dibawa penumpang dari Dumai kena rampas

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Umum rehat politik, Azmin takut kalah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button