Laung Pencuri Tapi Dia Lagi Penyamun



KUALA LUMPUR – Jawapan balas anak buah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir terhadap isu yang dibongkarkan oleh saksi bersumpah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang melibatkan wang tunai sebanyak RM2.6 juta ringgit ternyata meninggalkan banyak tanda-tanya serta fakta yang mengelirukan rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menerusi hantaran di laman Facebooknya mempersoalkan kepentingan anak buah Tun Mahathir di syarikat tersebut.

“Inilah dikatakan mengharapkan pegar, pegar makan padi, dilaungkan pencuri, beliau lagi penyamun, mengambil untung dalam memeras ugut, menzalimi mangsa apabila kehendak membubarkan UMNO tidak dituruti.

“Sistem keadilan yang sungguh tercemar oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH), mempergunakan kuasa untuk mendapat kekayaan dunia! Menggugurkan kes-kes rakan mereka dengan sesuka hati,” katanya.



Soal Razlan, mengapakah seorang Tan Sri atau anak buah Tun Mahathir dengan tiba-tiba sahaja diberi gaji sebanyak RM1.3 juta sebulan sejak April 2018 sehingga November 2018?

“Apakah yang memungkinkan beliau mempunyai kelayakan untuk membawa keuntungan beratus juta Ringgit Malaysia (RM) kepada syarikat? Atas dasar apa? Adakah mungkin juga sebab beliau adalah anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia ke-7?

“Kenapa pula tiba-tiba, syarikat yang mempunyai kontrak kerajaan dengan nilai ratusan juta, tiba-tiba boleh memberi saham syarikat sebanyak 50% secara percuma kepada anak saudara perdana menteri?

“Apakah niat dan tujuan, yang boleh difikirkan dalam pemikiran seorang yang waras? Mungkinkah ianya mempunyai kelebihan untuk mempengaruhi Perdana Menteri di dalam sesuatu keputusan,” katanya.



Menurut Razlan, apakah Tun Mahathir yang berpengalaman tinggi tidak boleh membuat penilaian sendiri sehingga menggunakan rakan PPBM untuk menerima nasihat.

“Adakah nasihat itu diminta atau ianya datang dari penolakan sambungan kontrak UKSB? Adakah apabila kontrak itu sudah tidak lagi berjaya disambung, anak saudara Tun Mahathir ini disuruh meletakkan jawatan kerana kini tiada lagi prospek untuk melaksanakan tugasan beliau, atau mungkin juga telah berjanji dengan syarikat yang baru?

“Di dalam dunia perniagaan, setiap urus niaga kebiasaannya pasti datang dengan balasan? Apakah balasan yg dijanjikan anak buah Tun Mahathir kepada UKSB untuk melakukan kerja beliau sehingga dibayar RM1.3 juta sebulan? Mungkinkah tugasan ini untuk merasuah Perdana Menteri untuk menyambung kontrak sedia ada dan secara rakus mendapat laba politik jutaan ringgit,” soalnya lagi.

Mohd Razlan turut mengingatkan rakyat bahawa Tun Mahathir telah pun menerima wang tersebut dan mungkin ada ramai lagi proksi yang telah menerima keuntungan.



“Jenayah ini sudah berlaku, beliau sudahpun menerima RM1.3 juta, beliau juga sudah memasuki Syarikat UKSB dan sudah diakui oleh tuan punya badan, mungkin ada ramai lagi proxy yang telah mendapat keuntungan dari jawatan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.”

UMNO Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker