Peluang Kerajaan Perpaduan Dapatkan Kembali Majoriti 2/3

Peluang Kerajaan Perpaduan Dapatkan Kembali Majoriti 2/3

Peluang Kerajaan Perpaduan Dapatkan Kembali Majoriti 2/3

7 Februari 2023 lepas, Mahkamah Tinggi Melaka menolak petisyen pilihanraya bagi parlimen Masjid Tanah yang dikemukakan oleh calon Barisan Nasional, Abdul Hakim Abdul Wahid.

Petisyen dikemukakan untuk membatalkan kemenangan ahli parlimen Masjid Tanah dalam PRU 15 dari PPBM, Mas Ermieyati.

Kemenangan Mas Ermieyati di parlimen Masjid Tanah didakwa dibantu unsur rasuah yang dilakukan oleh Pengerusi Armada PPBM, Akmal Zahin Zainal Zahir.



Dilaporkan terdapat bukti berbentuk rakaman video perbuatan jenayah rasuah yang dilakukan oleh Akmal Zahin.

Namun, oleh kerana Akmal Zahin tidak hadir untuk memberikan keterangan di mahkamah, maka mahkamah telah menolak petisyen Abdul Hakim.

Bagaimanapun, peguam responden, Rosfinah Rahmat, telah memfailkan rayuan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan telah memerintahkan supaya petisyen tersebut dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.



Hakim Mahkamah Pilihanraya, Abu Bakar Katar, menetapkan hujahan secara bersama pada 9 Oktober 2013.

Sementara jawapan hujahan pada 16 Oktober dan keputusan akhir pada 27 Oktober 2023.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pempetisyen memohon untuk menutup kes tersebut setelah beberapa cubaan untuk menyerahkan waran tangkap kepada Akmal Zahin gagal.

Penulis tidak pasti sama ada Akmal Zahin sudah disorok bunian atau kini berada bersama menantu Muhyiddin Yasin.



Namun begitu, inilah peluang terbaik untuk Kerajaan Perpaduan mengembalikan majoriti 2/3 di parlimen.

Memang benar, beban untuk mencari Akmal Zahin terletak kepada peguam responden.

Tetapi persoalan yang mungkin akan dibangkitkan adalah, adakah benar defendan tidak tahu di mana Pengerusi Armada PPBM Melaka?

Saksi Utama Di Sorok Bunian Tetapi Mas Ermieyati Masih Belum Boleh Menarik Nafas Lega

Apakah benar mereka tidak bersubahat untuk ‘menyorok dan melindungi’ beliau?



Sekiranya mahkamah membuat keputusan untuk membatalkan kemenangan Mas Ermieyati, beliau akan kehilangan kerusi parlimen Masjid Tanah.

Menurut Perkara 11 (f)(2) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Mas Ermieyati akan hilang kelayakan untuk bertanding selama 5 tahun dari tarikh sabitan kesalahan.

Walau bagaimanapun, penulis tidak mahu mendahului mahkamah.

Sama-sama kita tunggu sama ada peluang untuk Kerajaan Perpaduan mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen akan terbuka semula.



Peluang Kerajaan Perpaduan Dapatkan Kembali Majoriti 2/3

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button