Presiden PPBM,”katak politik” akan sokong RUU Anti Lompat Parti?

 

Oleh – Bakhtiar Omar

Presiden PPBM dan "katak-katak" akan sokong RUU Anti Lompat Parti?

Presiden PPBM dan “katak-katak” akan sokong RUU Anti Lompat Parti?

RUU ini dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob untuk bacaan kali pertama semalam.

Untuk RUU diluluskan,  2/3 sokongan ahli Dewan Rakyat diperlukan dan ini menarik perhatian seluruh negara.

Paling menarik perhatian sokongan daripada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersama wakil rakyat dari PPBM itu sendiri.

Ini berikutan parti itu sendiri merupakan tempat berkumpulnya para “katak politik” selepas PRU14 terutamanya dari UMNO.

katak

Malang bagi parti lain dalam Pakatan Harapan, mereka tidak mendapat perhatian untuk dijadikan platform baru para “katak politik” ketika itu.

‘Sheraton Move’ pula menyaksikan Pakatan Harapan tumbang bila Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir memilih untuk meletakkan jawatan.

PKR turut menjadi ‘mangsa’ kepada “katak politik” yang telah bertindak keluar parti dan menyertai PPBM bagi terus kekal berkuasa dan kekal berjawatan dalam kabinet Muhyiddin ketika itu.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil-alih tampuk pemerintahan dengan menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional dan membawa “katak politik” bersama dalam PPBM bagi kekal menguasai parlimen.

Azmin Ali & Anwar Ibrahim Presiden PPBM dan "katak-katak" akan sokong RUU Anti Lompat Parti?
Foto Arkib

Tidak perlu disenaraikan lagi nama-nama “katak politik” yang bertindak membelakangkan parti asal mereka kerana rakyat kini sudah kenal antara intan dan kaca politik.

Apa yang akan diperhatikan rakyat, adakah “katak politik” ini akan menyokong penuh usul RUU Anti Lompat Parti ini?

Tidak dapat dielakkan, RUU ini akan menghadirkan hujah serangan oleh ahli Dewan Rakyat terhadap lawan masing-masing. 

Presiden PPBM dan "katak-katak" akan sokong RUU Anti Lompat Parti?

Jika RUU ini gagal memperolehi sokongan 2/3 ahli Dewan Rakyat, ini memberi gambaran jelas ada pihak yang enggan RUU tersebut dilaksanakan bagi menjamin mereka boleh terus “membeli” ahli Parlimen menerusi pelbagai tawaran hanya untuk terus berkuasa.

Siapakah mereka itu? Segalanya akan terbongkar selepas undian sokongan dibuat dalam Parlimen nanti.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker