Penang bangkit atasi Sarawak United

Penang bangkit atasi Sarawak United
Pemain Penang FC, Rafael Vitor Santos Parafita (kanan) diasak pemain Sarawak United FC pada aksi Piala Malaysia di Stadium UiTM, Shah Alam. Penang FC menang 2-1. – Foto BERNAMA

 

Penang bangkit atasi Sarawak United

SHAH ALAM: Sarawak United melangkah ke suku akhir Piala Malaysia selaku naib juara Kumpulan A apabila tewas 1-2 di tangan Penang FC pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium UiTM Shah Alam, di sini, malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Sarawak United akan berdepan juara Kumpulan B, Terengganu FC (TFC) di peringkat suku akhir yang akan berlangsung secara timbal balik pada 14 dan 18 November ini.

Bagi Penang FC pula, ia menjadi kemenangan pertama diraih mereka sepanjang Piala Malaysia musim ini dan boleh dianggap sebagai pengubat duka buat Harimau Kumbang yang sudah tersingkir dari saingan.



Pada aksi sebentar tadi, Sarawak United terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Christie Jayaseelan seawal minit ketujuh.

Kedudukan itu hanya bertahan lima minit apabila Jafri Firdaus Chew meledak gol penyamaan buat Penang, sebelum skuad Harimau Kumbang memperoleh jaringan kedua yang diledak Amer Azahar pada minit ke-43.

Sarawak United mendapat peluang keemasan untuk sekurang-kurangnya meraih keputusan seri apabila diberikan sepakan penalti pada minit ke-63, namun kesempatan itu disia-siakan Uche Agba selepas sepakannya diselamatkan penjaga gol, Bryan See Tian Keat.

Penang bangkit atasi Sarawak United


Disyorkan Untuk Anda :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker