Forest gembira Henderson sudah setuju

Forest gembira Henderson sudah setuju

Forest gembira Henderson sudah setuju
HENDERSON bakal melengkapkan perpindahan ke Forest sekiranya rundingan kelab itu bersama United menemui kata putus. – AFP

LONDON – Nottingham Forest menerima perkhabaran gembira selepas penjaga gol Manchester United, Dean Henderson bersetuju dengan terma peribadi untuk menyertai pasukan itu.

Pemain berusia 26 tahun itu bersedia meninggalkan Old Trafford untuk mencari peluang bagi mendapatkan peluang bermain dengan lebih kerap selain mempunyai pengalaman di Forest selepas beraksi sebagai pemain pinjaman bersama pasukan itu musim lalu.

Sepanjang kariernya sebagai pemain United, Henderson banyak menghabiskan masa keluar sebagai pemain pinjaman termasuk menghabiskan dua musim bersama Sheffield United kerana gagal menandingi David De Gea sebelum ini.

Selepas pemergian De Gea, Henderson menyangka posisi berkenaan menjadi miliknya, namun United membuat keputusan membeli Andre Onana untuk dijadikan penjaga gol utama menyebabkan dia nekad untuk berhijrah.

Kehilangan Henderson menyebabkan United mungkin perlu bergantung kepada penjaga gol muda, Matej Kovar untuk berada di belakang Onana selepas seorang lagi pemain di posisi berkenaan, Tom Heaton juga sudah berkira-kira untuk meninggalkan Old Trafford.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan

Bagaimanapun, United sudah berkira-kira untuk mendapatkan seorang lagi penjaga gol baharu dari Urawa Red Diamond, Zion Suzuki untuk memberikan sokongan.

Dalam pada itu, Forest juga bakal mendapatkan khidmat seorang lagi pemain United, Anthony Elanga yang akan menjalani ujian perubatan bagi membolehkannya melengkapkan perpindahan ke City Ground. – AGENSI

Forest gembira Henderson sudah setuju


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker