Tunggu dua minggu lagi – Klopp



SALZBURG, Austria: Jurgen Klopp mengakui pemain-pemain Liverpool kendaliannya keletihan dalam kekalahan 1-0 kepada Salzburg pada aksi persahabatan di Red Bull Arena.

Liverpool menang 5-0 ke atas RB Leipzig Khamis lalu, tetapi tewas kepada Salzburg seminggu kemudian.

Bagi Klopp, ia bukan sesuatu yang merisaukan kerana sesi latihan padat sepanjang kem pra-musim ini akan membuahkan hasil dalam tempoh dua minggu lagi.

Pemain yang menjadi sasaran Manchester United, Benjamin Sesko meledak gol tunggal perlawanan di mana Klopp memulakan permainan dengan kesebelasan keduanya.



Dalam sidang akhbar selepas perlawanan di Red Bull Arena, Klopp ditanya berkenaan dua pemain baharunya Fabio Carvalho dan Darwin Nunez.

“Saya rasa kita lihat hari ini, kami tidak bermain baik di babak pertama tetapi jika ada sesuatu yang menarik ialah berkenaan Darwin. Dalam setengah jam terakhir, dia sering berada dalam kotak penalti lawan bersama bola.

“Fabio pemain yang menakjubkan, seperti ditunjukkan malam ini, tetapi ia boleh menjadi lebih baik.

“Tetapi tidak adil untuk menilai mereka sekarang. Mereka keletihan dan kita sering bertanya ‘baguskah mereka?’. Ia bukan diri sebenar mereka.

“Kami mahu bersedia untuk Sabtu (menentang Manchester City dalam Perisai Komuniti), tetapi ia adalah perlawanan yang sukar, kerana anda tidak berada pada tahap terbaik.

“Namun City juga dalam situasi sama seperti kami. Berbeza dengan Salzburg, mereka sudah mengharungi dua perlawanan (untuk musim baharu), jadi ia bukan persaingan yang setanding.

“Dalam dua minggu lagi, kami juga akan tampil berbeza,” kata Klopp.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker