Ampun pembunuh

Jeddah: Seorang lelaki Arab Saudi mengampunkan pembunuh anak lelaki tunggalnya dan tidak menuntut apa-apa daripada keluarga pembunuh berkenaan, lapor media tempatan.

Gabenor Wilayah Asir Putera Turki bin Talal, menghadiri upacara pengampunan pembunuh budak lelaki itu.

Gulf News melaporkan, keluarga berkenaan memutuskan untuk memaafkan pelakunya selepas putera berkenaan meminta mereka berbuat demikian.

Putera Turki memuji perbuatan baik keluarga itu, mengatakan bahawa mereka membuat semua rakyat negara itu bangga.

Majlis pengampunan itu juga menyaksikan penyelesaian konflik antara puak yang lama wujud.

Awal tahun lalu, seorang bapa mengampuni pembunuh anaknya beberapa minit sebelum individu itu menjalani hukuman mati.

Menurut media tempatan, bapanya tidak menuntut pampasan seperti hukuman balas daripada keluarga pembunuh anaknya itu.

Bagaimanapun, dia menetapkan syarat bahawa banduan atau keluarganya tidak akan meraikan pengampunan.

METRO

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker