Baru 2 bulan keluar penjara, lelaki dituduh rompak, cuba rogol wanita 75 tahun

Baru 2 bulan keluar penjara, lelaki dituduh rompak, cuba rogol wanita 75 tahun

Baru 2 bulan keluar penjara, lelaki dituduh rompak, cuba rogol wanita 75 tahun
S Saaran dibawa ke Mahkamah Sesyen Taiping, hari ini. – NSTP/Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

TAIPING: Baru dua bulan dibebaskan dari penjara, seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas tiga pertuduhan, termasuk cubaan merogol seorang wanita warga emas, minggu lalu.
READ MORE

S Saaran, 32, yang dihadapkan di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim dituduh cuba merogol seorang wanita berusia 75 tahun di ruang tamu sebuah rumah di Lorong 14 Taman Assam Maju, di sini, jam 8.30 pagi 15 Ogos lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, Saaran dituduh melakukan rompakan bersenjatakan pisau terhadap harta milik mangsa berupa wang tunai RM10 dan rantai emas pada masa, tarikh dan tempat sama. Ketika melakukan jenayah itu, dia dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas wanita berkenaan.

Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 394 KK dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN


Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa iaitu pada masa, tarikh dan lokasi sama, merompak seorang lelaki berusia 55 tahun, iaitu menantu lelaki kepada wanita terbabit membabitkan wang tunai RM5,000 serta sebuah kereta Honda dengan menggunakan senjata berbahaya sebilah pisau.

Saran dituduh mengikut Seksyen 392 KK dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syuhada Muhammad Lutfi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh mengaku tidak bersalah ke atas semua tuduhan dan memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan dia tidak bekerja kerana baru keluar penjara dua bulan lalu.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 bagi kes cubaan rogol dan RM10,000 bagi kes rompak serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa serta saksi sehingga kes selesai sebelum menetapkan 25 September untuk untuk sebutan semula.

Baru 2 bulan keluar penjara, lelaki dituduh rompak, cuba rogol wanita 75 tahun

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker