Remaja maut, adik parah kemalangan dengan lori

Oleh – Syeikh Baran


Remaja maut, adik parah kemalangan dengan lori
Remaja perempuan maut manakala adiknya parah dalam kemalangan di Jalan Gunung Keriang, Alor Setar hari ini.

Seorang remaja perempuan maut manakala adik lelakinya parah selepas motosikal yang mereka naiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Gunung Keriang, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 petang itu, mangsa berusia 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, hasil siasatan awal mendapati remaja terbabit menunggang motosikal jenis Sym Sport bersama adik lelakinya berusia lima tahun.

“Mereka dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Alor Janggus menuju ke lampu isyarat Gunung Keriang manakala lori dari simpang jalan mini tar sebelah kanan ke simpang mini tar sebelah kiri jalan.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal bergerak lurus sebelum lori tersebut melintas dari simpang kiri ke simpang kanan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kiri belakang lori,” katanya di sini hari ini.

Katanya, penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala adiknya mengalami pendarahan di kepala.

Tambahnya, pemandu lori berusia 59 tahun ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker