Will Smith dikecam tidak sebaran insiden tampar Chris Rock biarpun banyak kali dicurangi isteri

Foto: Getty Images

Insiden Will Smith menampar pelakon dan pelawak Chris Rock ketika siaran langsung Anugerah Akademi 2022 atau Oscars masih lagi hangat diperkatakan sehingga kini.

Netizen mula meluahkan pandangan dan pendapat masing-masing berhubung insiden tersebut.



Namun rata-rata turut mengecam perlakuan keganasan yang dilakukan Will terhadap Chris.

Menurut mereka, ‘kemarahan’ yang sama perlu ditunjukkan Will, 54, ketika isterinya, pelakon Jada Pinkett Smith, 51, secara terbuka mengakui berlaku curang terhadap Will sepanjang perkahwinan mereka.

Antara selebriti yang pernah meniduri isteri Will seperti yang didedahkan Jada sendiri ialah mendiang rapper, Tupac Shakur dan penyanyi yang juga merupakan rakan baik kepada anaknya, Jaden Smith iaitu August Alsina, 30.

Seperti yang diketahui ramai, Will dan Jada yang sudah hampir 25 tahun mendirikan rumah tangga mengamalkan ‘open marriage’ yang mana masing-masing diberikan keizinan untuk menjalinkan percintaan dengan orang lain sepanjang tempoh mereka masih bersama.



Pasangan ini juga dikhabarkan pernah beberapa kali mengalami masalah rumah tangga namun disebabkan kasih sayang mendalam terhadap Jada menyebabkan Will masih lagi mahu mempertahankan perkahwinan tersebut.

Hasil perkahwinan, Will dan Jada mempunyai dua anak iaitu Jaden Smith dan Willow Smith yang turut menceburi bidang hiburan sebagai penyanyi dan pelakon.

Insiden Will menampar Chris di pentas Oscars berpunca selepas pelawak itu bergurau mengenai penampilan rambut botak Jada dengan mengaitkan seperti imej watak heroin filem GI Jane yang dilakonkan Demi Moore.

Jada dilaporkan menghidap masalah keguguran rambut atau Alopecia Areata yang menyebabkan dia terpaksa membotakkan kepalanya. – my-tv online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button