Liga Super: Keletihan punca Kelantan United ‘tumbang’

Liga Super: Keletihan punca Kelantan United ‘tumbang’

Liga Super: Keletihan punca Kelantan United ‘tumbang’
Kelantan United hanya mampu mengutip lapan mata selepas mengharungi 19 perlawanan musim ini. – Foto ihsan Facebook Kelantan United

KOTA BHARU – Keletihan mungkin menjadi salah satu faktor menyebabkan barisan pemain Kelantan United mudah kehilangan fokus pada separuh masa kedua sehingga tewas 1-4 kepada Terengganu FC pada aksi Liga Super semalam.

Ketua Jurulatihnya, Ailton Silva berkata, situasi terebut sentiasa berulang dalam hampir setiap perlawanan sehingga membolehkan pasukan lawan meraikan setiap peluang diperoleh dengan jaringan gol.

Menurutnya, beliau sentiasa mengingatkan pemain untuk mengekalkan fokus dan konsentrasi mereka pada setiap perlawanan tetapi situasi sebegitu tetap berulang.



“Apabila mereka (pemain-pemain) hilang fokus walaupun untuk satu saat, pihak lawan pasti akan meraikan peluang menjaringkan gol. Perkara sama berulang pada perlawanan menentang Terengganu FC hari ini (semalam).

“Pemain seharusnya faham. Apabila saya menurunkan mereka di mana-mana posisi, mereka mempunyai tanggungjawab untuk bermain dengan baik dan kekal tersusun di posisi masing-masing,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin lari dari Parlimen, menantu lari dari SPRM




Jurulatih dari Brazil itu bagaimanapun tidak merasakan Terengganu memandang rendah keupayaan Sang Kijang Hijau apabila menurunkan barisan pemain tempatan di posisi pertahanan mereka.

Katanya, posisi pertahanan Terengganu malam tadi sebenarnya dibarisi pemain-pemain tempatan berkualiti dan merupakan pemain-pemain kebangsaan.

“Sebenarnya ia bukan berkenaan pemain-pemain tempatan atau import, sebaliknya sikap menghargai serta memanfaatkan kepercayaan dan peluang diberikan oleh jurulatih kepada seseorang pemain.

“Namun saya percaya Kelantan United masih berpeluang memperbaiki kedudukan dalam carta liga. Kita masih ada baki tujuh perlawanan dan tetap mempunyai peluang untuk meletakkan pasukan pada kedudukan terbaik dalam carta Liga Super musim ini,” katanya.



Dalam pada itu beliau menjelaskan, keputusan memulakan Indra Putra Mahayuddin di bangku simpanan adalah untuk memberi lebih ruang kepada kapten pasukannya itu memulihkan tahap kecergasan dirinya.

“Kita perlu faham bahawa Indra Putra sudah berusia. Beliau baru sahaja bermain dalam perlawanan penting pada Sabtu lalu dan tempoh masa dua hari tidak cukup untuk dia memulihkan tahap kecergasan diri sepenuhnya.

“Sebagai pemain berpengalaman, Indra Putra sendiri memahami bahawa peranannya cukup penting buat pasukan dan kita tidak boleh menanggung risiko dia mendapat kecederaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Liga Super: Keletihan punca Kelantan United ‘tumbang’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button