UKSB perlu dedah siapa penerima yang telah memulangkan “wang dana”

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

UKSB perlu dedah siapa penerima yang telah memulangkan "wang dana"

Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) perlu dedah senarai penerima “wang dana” yang telah memulangkan kembali wang tersebut sepenuhnya.

Ini penting agar setiap nama yang disebut dalam kes melibatkan UKSB boleh mengambil tindakan sewajarnya.

Berikutan dakwaan oleh seorang saksi dalam kes UKSB, mengenai wang yang diberikan kepada Tun Mahathir melalui Tan Sri Rahmat Abu Bakar, ia menimbulkan persoalan besar kepada rakyat.

Adakah yang didakwa menerima “wang dana” UKSB kini cuba melepaskan tengkuk masing-masing dan meletakkan semua kesalahan terhadap seorang individu sahaja?

Lihat sahaja senarai nama yang dikemukakan saksi UKSB dalam Mahkamah. Siapa tidak kenal nama-nama tersebut?

UKSB perlu dedah siapa penerima yang telah memulangkan "wang dana"

Rahmat Bakar menafikan menerima “wang dana” bagi pihak Mahathir kerana mendakwa wang tersebut merupakan imbuhan bulanan yang dijanjikan UKSB sebagai Pengerusi syarikat tersebut.

  • RM1.3 juta yang diterima Rahmat didakwa sebagai gaji bulanan yang ditawarkan oleh UKSB kepada beliau.
  • Beliau dilantik ke jawatan Pengerusi dan Penasihat UKSB pada Julai 2018.
  • Menerusi 2 transaksi – Ogos dan September 2018, Tan Sri Rahmat baru menerima gaji untuk 2 bulan sahaja.
  • Mengambil keputusan meletakkan jawatan dan sebarang pengambil alihan daripada UKSB pada November 2018.
  • Kemana wang gaji untuk bulan Oktober 2018 bernilai RM1.3 juta jika Rahmat menyatakan sudah memulangkan semula RM2.6 juta?

Jadi sepatutnya UKSB mendedahkan kepada umum senarai penerima dan senarai mereka yang telah memulangkan semula “wang dana” yang telah disalurkan kepada mereka sebelum ini untuk mengelak kekeliruan umum.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker