Aniq raih emas pertama negara di Sukan Komanwel

BIRMINGHAM: Atlet angkat berat, Mohamad Aniq Kasdan mencipta sensasi apabila meraih emas negara pada temasya Sukan Komanwel 2022 di National Exhibition Center (NEC) di sini, sebentar tadi.

Ia adalah juga pingat pertama yang dimenangi kontinjen negara pada temasya empat tahun sekali ini yang membuka tirainya secara rasmi pada 28 Julai lalu.

Pada saingan bagi kategori 55 kilogram (kg) itu, Aniq berjaya mengumpulkan keseluruhan angkatan sebanyak 249 kilogram (kg) bagi disiplin snatch dan clean & jerk.



Bagi disiplin snatch, Aniq berjaya melakukan 107kg bagi angkatan pertama, namun gagal bagi angkatan kedua dan ketiga membabitkan berat 111kg.

Bagi disiplin clean & jerk Aniq memulakan angkatan 138kg. Namun bagi angkatan kedua 142kg, dia gagal sebelum bangkit melakukan angkatan 142kg lagi sekali untuk memastikan emas dalam genggaman dengan rekod baharu temasya.

Perak bagi kategori 55kg ini dimenangi atlet India, Sargar Sanket Mahadev yang menghimpun keseluruhan 248kg manakala pingat gangsa milik wakil Sri Lanka, Yodage DIK dengan himpunan 225kg.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button