“Hukum PH bila tiba PRU” – Najib

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Hukum PH bila tiba pru - Najib

“Hukum Pakatan Harapan(PH) bila tiba pru” itu antara pesanan Penasihat Barisan Nasional, Dato Sri Najib Razak dalam ucaptama beliau di konvensyen BN Selangor.

Najib mengingatkan Umno, Mca dan Mic Selangor, kerjasama erat antara komponen juga amat penting dalam memastikan rakyat Selangor tahu BN masih ada untuk mereka di waktu sukar dan senang.

Menyentuh beberapa faktor bagi memberitahu rakyat kegagalan PH mentadbir Selangor, Najib menggariskan beberapa panduan termasuk isu bekalan air serta tebatan banjir di Selangor.



Dalam pada itu, Najib juga mahu jentera BN memperkuatkan penyampaian maklumat ke segenap lapisan rakyat samada bandar atau luar bandar menerusi media sosial.

Mengakui sukar menembusi kawasan bandar serta berpagar, Najib menggesa agar BN Selangor memikirkan kaedah yang tuntas bagi mencapai serta memberi kefahaman kepada rakyat mengenai kegagalan PH Selangor.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker