AGC, MAFI ditegur campur aduk bahasa

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) ditegur kerana tidak memperkasa penggunaan bahasa Malaysia dalam draf rang undang-undang (RUU) dibentangkan di Dewan Rakyat.

Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat, MAFI hari ini, dijadual membentangkan bacaan kali kedua RUU Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022 untuk dibahaskan.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Ramli Mohd Nor, ketika meluahkan kekecewaannya meminta AGC dan kementerian berkaitan menyemak draf RUU yang mahu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Beliau yang bersetuju dengan perihal dibangkitkan Cha Kee Chin (DAP-Rasah) itu antara lain menyifatkan tindakan sedemikian sebagai perspektif yang perlu dititikberatkan semua pihak.

“RUU dibahaskan di Dewan ini kalau kita lihat dalam (versi) teks bahasa Malaysia ada bahasa Inggeris. Kalau Yang Berhormat lihat, apa bezanya ‘ship’ dan ‘boat’? ‘Ship’ dan ‘boat’ itu apa (terjemahannya) dalam bahasa Malaysia?

“Saya mohon pihak kementerian, terutama Bahagian Draf AGC, sebelum teks RUU berwarna biru ini dibentang, tolonglah semak betul-betul.

“Kita mahukan keabsahan di Dewan ini, sila ambil maklum ya AGC dan kementerian berkenaan yang membentangkan RUU di Dewan ini,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Kee Chin berhubung tindakan AGC mencampuradukkan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris pada draf RUU versi bahasa Kebangsaan yang dibentangkan di Dewan Rakyat.

Berita lanjut menyusul.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker