PAS panik, Faktor PRU15 tidak ada pada PRU16

Oleh Adam Malik

Tajuk diatas tertulis apabila melihat gelagat luarbiasa Parti PAS sejak kebelakangan ini.

Sebagai Parti yang mengaku belandaskan Islam, amat pelik apabila kepimpinan tertinggi PAS dilihat sebagai gelabah, tidak tenang dan kelihatan agak panik.



Apakah yang mendorong kepimpinan PAS jadi sedemikian?

Pilihanraya ke16 masih agak jauh lagi tetapi tindak tanduk ahli politik yang menunggang agama Islam ini seolah olah PRU16 agak hampir.

Benar lah jika ada yang kata PAS sekadar parti politik sahaja dan Islam hanya alat untuk PAS ambil kesempatan dari umat Islam .

PAS sudah memerintah Empat negeri dan sepatutnya PAS tunjuk teladan baik dengan mentadbir dan memerintah Empat negeri (SG4) dengan jayanya supaya menjadi contoh teladan kepada umat Islam lalu akan terpikat kepada pentadbiran PAS.



Sebalik nya PAS tidak berbuat sedemikian.

PAS terus berpolitik dan berpolitik Duapuluh Empat jam.
Pentadbiran Islam akan mudah dterima jika PAS menjadi contoh yang baik kepada umat Islam.

Sementara menunggu atau mengharap menjadi Kerajaan pusat PAS sepatutnya cemerlang mentadbir Kerajaan negeri dibawah pemerintahan nya.

Tapi lain pula jadinya.



Satu negeri terkenal dengan sampah dan kekotoran, tiada infrastruktur mudah seperti stesen bas dan rakyatnya jadi pelarian ekonomi dinegeri orang.

Ada negeri pula Menteri besarnya suka bekelahi dan cakap penuh takbur.

Dalam takbur ada pula kes “kurang ajar” kepada Sultan.

Selain itu, jabatan dibawah kuasanya habis pegawai pegawai kena cekup sebab kes rasuah Nadir Bumi,



Ini baru sedikit sahaja.

Paling meloyakan , PAS jadikan orang paling kontroversi dalam negara sebagai penasihat PAS.

PAS bernasib baik kerana penyokong nya majoriti bukan dari kalangan intelek yang mahu berfikir.

Majoriti penyokongnya pentaksub yang luar biasa.



Penyokong PAS boleh terima seorang seperti bekas Perdana Menteri yang ada kes pembunuhan ahli PAS sendiri.

Itu lah tahap taksubnya ahli PAS.

Banyak lagi yang boleh dicerita berkenaan kepalsuan PAS.

Tidak hairan Hj Hadi boleh menerima Mahathir kerana sifat dua kali lima yang sama sama mereka miliki.



Jika Mahathir menipu janji manifesto, Hadi pula menipu janji laksana Hudud sebelum ayam sempat berkokok di Terengganu.

Kembali kepada tajuk diatas , berkenaan kenapa PAS panik sejak kebelakangan ini.

Mudah sahaja, kemenangan PAS yang paling banyak kerusi semenjak Merdeka  masih tidak menjadikan PAS Kerajaan.

Ini kerana PAS sentiasa silap langkah dan salah catur,

Jika PAS menang banyak pada PRu15 , faktor faktor yang menyebab PAS menang banyak tidak ada pada PRU16 nanti.

Ambil contoh , tokoh tokoh tertentu, sama ada akan dipenjarakan, sibuk turun naik mahkamah, Kesihatan yang tak men gizinkan dan paling utama dana.

Dana pilihanraya sudah terbukti PAS telah merasuah pengundi nya dalam terma dipanggil “sedekah”

Ia sedekah kerana PAS yang melakukan, jika UMNO yang melakukan ia di panggil “rasuah”

Selain itu faktor dua penaung ‘tua’ berkemungkinan sudah tidak ada lagi kerana berhadapan aliran wang yang disita.


Ada banyak lagi faktor yang tidak perlu diceritakan disini.

Paling ketara adalah imej PAS yang tidak boleh dipercayai.

PAS alami defisit kepercayaan yang sangat teruk seperti yang Mahathir alami.

Tiada siapa berani membuat perjanjian dengan PAS selain parti yang sangat desperado seperti PARTI Gerakan dan PPBM.

PAS ada Sejarah menikam UMNO dari belakang apabila membuat hubungan dengan PPBM secara sulit.

Sepatut PAS runding terlebih dahulu dengan Barisan Nasional atau UMNO.

Hatta,apabila PAS tersepit, PAS cuba pancing UMNO sekali lagi tetapi di tolak UMNO.

Maka,itu lah kedudukan PAS waktu ini yang akibatkan berada didalam  situasi panik.

Menang banyak kerusi pun jadi pembangkang tidak diizin jadi Kerajaan oleh Allah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button