Erry rangkul perak angkat berat



BIRMINGHAM: Kontinjen negara meraih pingat perak pertama pada temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, sebentar tadi, menerusi atlet angkat berat, Muhammad Erry Hidayat.

Pingat naib juara Erry itu diperoleh menerusi acara 73 kilogram (kg) selepas menduduki tempat kedua di belakang pemenang pingat emas dari India, Sheuli Achinta.

Pada saingan final di National Exhibition Centre (NEC) Birmingham di sini, pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2021 itu berjaya mengumpulkan angkatan sebanyak 303kg.

Bagi disiplin snatch dia merakamkan angkatan 138kg manakala 165kg bagi clean & jerk



Achinta yang menjuarai acara ini berjaya menghimpunkan angkatan sebanyak 313kg.

Bagi disiplin snatch dia berjaya mencipta dua rekod sekali gus menerusi angkatan 143kg iaitu bagi temasya ini dan kejuaraan remaja dunia manakala clean & jerk sebanyak 170kg untuk catatan rekod baharu temasya.

Pingat gangsa kategori ini menjadi milik atlet Kanada, Darsigny Shad yang melakukan angkatan keseluruhan berjumlah 298kg.

Semalam, Malaysia meraih dua pingat emas menerusi Mohamad Aniq Kasdan bagi kategori 55kg dan Muhamad Aznil Bidin (61kg).



Pingat emas Aniq adalah juga yang pertama buat negara pada temasya ini.

Pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula meraih gangsa bagi acara keirin.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker