KPN HADIR ISTIADAT PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2022



Putrajaya – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani hadir ke Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan 2022 di Dataran Pahlawan Negara, di sini, pagi tadi.
Hari Pahlawan yang disambut pada setiap tahun tanggal 31 Julai itu adalah sebagai memperingati perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan negara demi mempertahankan kedaulatan bumi tercinta Malaysia daripada ancaman musuh.
Turut berangkat ke istiadat perbarisan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Istiadat perbarisan anjuran Angkatan Tentera Malaysia ini, disertai seramai 1,122 pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang terdiri daripada enam “detachment” iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Persatuan Pesara Polis dan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Tentera Darat Malaysia, JHEV ATM, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Walaupun setelah hampir tiga tahun acara tahunan ini tidak diadakan, para peserta perbarisan khususnya “detachment” PDRM dan PBPM yang masing-masing diketuai oleh DSP Mohd Syah Affandy Moksin dan Pesara DSP Mohd Yusof Hashim kelihatan bersemangat dalam mempamerkan persembahan kawad

terbaik mereka.
Hadir sama dalam majlis istiadat tersebut ialah Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan isteri, YM Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi Buang TUDM dan isteri, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajjah Tengku Dato’ Muhaini binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Ir. Zaiton Mohd Isa, barisan pengarah PDRM dan isteri, dif-dif jemputan serta rakan-rakan media.


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker