Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi

Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi
Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi

Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi

 

Resepi Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi, hidangan yang paling cepat dan simple tapi boleh menyebabkan anda bertambah-tambah nasi bila makan dengan lauk macam ni.

Kos nak sediakannya pun murah, selain sesuai untuk menu orang bujang atau menu ‘menunggu gaji’ bak kata orang 🙂 Che Nom gunakan kicap manis dalam hidangan ni, jadi tak perlu lagi tambah gulaGaram pun tak perlu tambah lagi kerana ikan bilis tu dah masin rasanya.

Anak-anak Che Nom suka sangat makan Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi ni bersama nasi panas je. Kalau nak makan dengan bubur nasi atau roti pun boleh. Selamat Mencuba.

 

Bahan-bahan:

 

  • 1 mangkuk besar ATAU 300g ikan bilis
  • 1 mangkuk kecil minyak
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis
  • 7-8 biji cili padi, hiris nipis
  • sedikit kicap manis
  • limau nipis

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Panaskan minyak.
  2. Bersihkan dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Buang sedikit minyak gorengan ikan bilis, tinggalkan dalam anggaran 3-4 sudu.
  4. Tumis cili kisar sehingga masak garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan bawang besar dan cili padi. Kacau sehingga sedikit layu. Masukkan ikan bilis dan sedikit kicap manis.
  6. Angkat dan bolehlah dihidangkan bersama hirisan limau nipis.

 

Tip:

 

  • Jangan masukkan kicap banyak dan berkuah sangat kerana nanti ikan bilis cepat jadi lembik, memadai cukup sekadar kicap menyaluti ikan bilis dan sedikit sahaja kuahnhya.
  • Kalau anda suka lebih pedas boleh lebihkan cili padi.
  • Bawang besar tak perlu dikacau lama sangat supaya rasanya sedikit rangup bila dimakan nanti.

Resepi – Kari ikan bilis istimewa

Ikan Bilis Goreng Kicap Cili Padi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker