‘Suami baru dapat kerja, gaji pun belum sempat rasa’

Oleh – Syeikh Baran


'Suami baru dapat kerja, gaji pun belum sempat rasa'
KEADAAN kemalangan yang membabitkan tiga buah lori dan empat kereta di Km 288.1 Lebuhraya Utara Selatan. FOTO Bernama

Pemandu treler muatan gegelung besi, M Kesavan yang maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer (Km) 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) dekat Kampung Tersusun Tekah, di sini, hari ini baru bekerja kurang dua minggu dan belum sempat menerima gaji pertama.

“Sebelum ini, dia sudah berpengalaman 20 tahun sebagai pemandu lori. Baru-baru ini sahaja dia mendapat kerja di syarikat baru itu, gaji pun belum sempat merasa,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, hari ini.

Pasangan yang menetap di Kepala Batas, Pulau Pinang itu sudah mendirikan rumah tangga selama 18 tahun dan dikurniakan dua anak masing-masing lelaki, 17 dan perempuan, 15.

Kaliswari berkata, suaminya berada di Kuala Lumpur sejak Isnin lalu dan sepatutnya pulang ke rumah pagi ini.

“Malam tadi, kami sempat berbual sebentar melalui panggilan telefon. Dia beritahu tak sabar mahu luangkan masa hujung minggu bersama anak-anak,” katanya.

Menurutnya, mayat mendiang suaminya akan dibawa pulang ke Kepala Batas untuk disemadikan sebaik urusan bedah siasat di HRPB selesai.

Nahas membabitkan tiga treler dan empat kereta itu menyebabkan Kesavan dan seorang pemandu lori muatan gula pasir maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku apabila treler membawa muatan gula pasir terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan di lebuh raya berkenaan lalu bertembung treler membawa muatan gegelung besi.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker