Satu lagi pingat dalam tangan

BIRMINGHAM: Pasukan ping pong wanita negara mara ke final temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, sebentar tadi, selepas menewaskan Wales di separuh akhir.

Kejayaan itu sekali gus memastikan skuad negara memenangi satu lagi pingat di temasya ini dengan sekurang-kurangnya perak.

Dalam saingan sengit di National Exhibition Center (NEC) Birmingham, skuad negara memastikan kemaraan dengan kemenangan 3-2.

Pada aksi di final di NEC, jam 12 tengahari , hari ini skuad negara akan membuat perhitungan dengan Singapura bagi menentukan pemenang pingat emas.

Malaysia dan Singapura pernah bertemu pada aksi temasya Sukan Komanwel 2010 di Glasgow yang menyaksikan skuad negara tunduk 2-3.

Pengurus pasukan, Ting Hie Phin ketika ditemui berkata skuadnya akan berusaha untuk mengatasi Singapura pada aksi final meskipun ia bukan tugas mudah.

“Singapura adalah pasukan pilihan untuk menang. Mereka memiliki skuad yang mantap termasuk pemain naturalisasi dari China. Tapi itu bukan halangan untuk kita memberi tentangan sengit,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker