Najib bidas Pakatan Harapan Selangor

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Najib bidas Pakatan Harapan Selangor

Dato Sri Najib Razak membidas kerajaan Pakatan Harapan Selangor yang banyak mengabaikan kepentingan rakyat negeri itu.

Beliau mahu rakyat Selangor tahu jasa Barisan Nasional kepada pembangunan Selangor sebelum diambil alih Pakatan Harapan.

Selangor buat masa ini jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri-negeri lain. Ini semua berdasarkan kajian serta data DOSM.

Najib juga menyatakan, Selangor tidak mementingkan kebajikan rakyat terutama projek membabitkan bekalan air di Selangor.

Ditanya berkenaan peluang kemenangan BN di Selangor, Najib berkata BN Selangor ada ‘peluang’ untuk kembali tubuhkan kerajaan negeri dengan syarat strategi yang betul dan kerja keras BN Selangor.

Menjawap pertanyaan mengenai penggunaan media sosial di Selangor, Najib berkata keperluan untuk menembusi pelbagai lapisan rakyat terutama kawasan bandar dan kawasan berpagar amat perlu.

Beliau juga menambah perkataan “WALI” kepada “WALIK” – winnable, acceptable, likeable, kompeten kerana ia akan memberi nilai tambah kepada calon-calon BN Selangor untuk memenangi hati pengundi di masa akan datang.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker