Baling banjir lagi: 9 keluarga pindah ke PPS

BALING: Sembilan keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumah mereka di Mukim Baling dilanda banjir kilat malam ini.

Lima keluarga berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah, manakala empat keluarga berpindah ke PPS Dewan Tun Abdul Razak.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Lt (PA) Mohd Dzulhaidy Khalil, berkata setakat jam 10 malam ini dua PPS dibuka apabila rumah mereka dinaiki air kerana limpahan Sungai Baling.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan banjir di Kampung Batu Tujuh, Telok Sanau, Charok Juan dan Bendang Sera.



“Hujan lebat selama dua jam sejak jam 5 petang tadi menyebabkan penempatan penduduk berdekatan tebing sungai dilimpahi air.

 

 

 

“Bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan setakat jam 10 malam,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Banjir turut menyebabkan limpahan air sungai ke kawasan Hospital Baling (HB) membabitkan beberapa unit kuarters, bilik persalinan dan taska hospital.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo, berkata tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan.



“Air mulai surut perlahan-lahan, bagaimana pemantauan dilakukan dari semasa ke semasa.

“Kerja-kerja pembersihan akan dilakukan malam ini dan pagi esok bergantung keadaan,” katanya ketika dihubungi.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker