Pilih media sosial, Mahathir takut ke Mahkamah?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Pilih jawap di media sosial, Mahathir takut ke Mahkamah?

Mengapa Tun Mahathir memilih media sosial untuk menjawap mengenai dakwaan seorang saksi dalam kes UKSB, beliau sebenarnya mempamerkan ketakutannya sendiri.

Tidak dipastikan mengapa Mahathir memilih menafikan dakwaan saksi menggunakan platform yang tidak sepatutnya.

Seharusnya sebagai seorang yang berpengalaman dalam dunia politik, Mahathir tahu sekiranya terdapat dakwaan terhadap dirinya, ia harus diselesaikan dengan segera bagi membersihkan imej beliau.

Namun, apabila saksi tersebut menyebut dalam Mahkamah berkaitan penerimaan wang daripada ‘wakil’, Mahathir lebih selesa menggunakan media sosial untuk mebela diri.

Pilih jawap di media sosial, Mahathir takut ke Mahkamah?
Dakwaan seorang saksi UKSB terhadap Tun Mahathir

Ini sesuatu yang janggal bagi mereka yang telah lama memerhatikan ‘permainan’ politik Mahathir.

Bukan sahaja isu yang disebut saksi UKSB, Mahathir juga tidak berani mengulas beberapa perkara berkaitan Zeti, Tawfiq dan juga Nazlan.

Tidak seperti lazimnya, Mahathir seakan ‘hilang ayat’ untuk mengulas mengenai 3 individu yang turut terlibat dalam kancah 1MDB.

Pilih jawap di media sosial, Mahathir takut ke Mahkamah?

Seringkali dapat diperhatikan, Mahathir akan mengulas kebanyakan isu yang berkaitan Najib Razak namun berbeza bila saksi mendedahkan beliau turut tersenarai sebagai ‘penerima’.

Begitu juga dengan pelbagai dakwaan serta gelaran yang dilemparkan Mahathir terhadap Najib. Kini segala gelaran seperti mula menyelubungi Mahathir bila sedikit demi sedikit pendedahan dilakukan.

Mungkinkah segalanya akan terbongkar jika Jho Low dapat diheret ke Mahkamah? Siapa tahu mungkin ada sebab mengapa Mahathir tidak dapat ‘menangkap’ Jho Low semasa beliau berkuasa.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker