Bunuh bapa disangka kayu, lelaki dihantar ke Hospital Bahagia

Bunuh bapa disangka kayu, lelaki dihantar ke Hospital Bahagia

Bunuh bapa disangka kayu, lelaki dihantar ke Hospital Bahagia
Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan seorang lelaki skizofrenia daripada pertuduhan membunuh bapanya menggunakan pisau pemotong daging dan kayu selepas mendapati tertuduh tidak waras ketika melakukan jenayah itu pada 2019.

Pesuruhjaya Kehakiman Wendy Ooi Su Ghee, bagaimanapun mengarahkan tertuduh, Jamil Tawasil, 38, diletakkan di bawah penjagaan Hospital Bahagia Ulu Kinta di Perak selama diperkenankan Sultan Selangor.

Berdasarkan pemeriksaan terhadap mental tertuduh serta keterangan pegawai penyiasat menunjukkan ketika kejadian, lelaki itu nampak lembaga atau kayu dan bukan bapanya yang terbaring di ruang tamu.

Tertuduh juga mengaku terdengar suara dalam kepala yang memberitahunya supaya melakukan perbuatan itu dan mengarahkannya mengambil pisau pemotong daging dan kayu di dapur.

Pesuruhjaya Kehakiman Wendy Ooi Su Ghee dalam penghakimannya mendapati, walaupun berpuas hati Jamil membunuh bapanya yang menjadi asas tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan, tertuduh tidak waras dan tidak berupaya mengetahui keadaan serta perbuatannya itu salah atau berlawanan undang-undang.


Menurut Su Ghee, ia berdasarkan fakta kes bahawa Jamil duduk dalam biliknya sambil menghisap rokok ketika polis tiba di tempat kejadian iaitu di rumah keluarga berkenaan.

Beliau berkata, mahkamah berpendirian Jamil tidak waras kerana lelaki itu bukan sahaja tidak melarikan diri, malah tidak bertindak melupuskan pisau pemotong daging dan kayu yang digunakannya (untuk membunuh).

“Apabila ditanya polis apa dilakukannya, tertuduh memberitahu tidak tahu apa-apa kerana sedang tidur dalam bilik,” katanya melalui penghakiman bertarikh 28 November lalu.

Jamil didakwa membunuh Tawasil Sinag, 72, di sebuah rumah di Taman Puteri Taragon di Batu 9 Cheras, Hulu Langat dekat sini antara jam 11 malam dan 11.15 malam, 9 November 2019.

Laporan perubatan forensik psikiatri bertarikh 31 Disember 2019 menyimpulkan bahawa Jamil menghidap skizofrenia dan tidak waras serta tidak sedar di atas sifat dan akibat perbuatannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Mahkamah Persekutuan Mansuhkan Seksyen 498 KK (Mengganggu Isteri Orang)


Laporan itu turut menyatakan tertuduh mengalami delusi syak wasangka, delusi ganjil berkenaan dirinya, delusi pertukaran identiti selain mendengar bisikan suara halus dan halusinasi visual.

Keterangan kes turut menyatakan tertuduh pernah menghidap skizofrenia dan mendapat rawatan di Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kuala Lumpur di antara 2011 dan 2014 serta di Hospital Kajang.

Ibu tertuduh turut mengakui Jamil tidak meneruskan rawatan susulan yang diarahkan sehingga gejala yang dialaminya bertambah teruk menyebabkan lelaki itu selalu mengurung diri, berkelakuan pelik dan mengabaikan penjagaan diri.

Bunuh bapa disangka kayu, lelaki dihantar ke Hospital Bahagia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker