Kurung merdeka ByReefa

 

 

KOLEKSI baju kurung merdeka Melur (kanan) dan Khadijah.

Rohana Man

WANITA dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Ada sahaja idea untuk mencipta sesuatu yang berbeza.

 

Keinginan wanita mahu kelihatan lain daripada yang lain dan mampu mencuri perhatian ramai mendorong pereka fesyen memerah idea melahirkan corak bertemakan sambutan hari kemerdekaan negara ke-65 yang bakal tiba pada 31 Ogos ini.

 

Setiap tahun pasti muncul pakaian dan tudung berilhamkan warna-warna bendera Malaysia iaitu merah, biru, kuning dan putih.

 

Menjelang tarikh keramat ini, nampaknya laman sosial seperti Facebook dan Instagram mula dibanjiri gambar-gambar beraneka corak menghiasi fesyen baju T, baju kurung dan tudung.

 

Pilihan tudung pula tidak terhad pada tudung bawal sahaja kerana tudung jenis shawl dan sarung turut menerima tempias corak Jalur Gemilang.

 

Antara yang lalu-lalang di laman Facebook penulis ialah kurung merdeka daripada ByReefa Closet.

 

Menggunakan kain premium daripada Como Crepe, baju kurung dengan potongan longgar ini juga mesra wuduk kerana terdapat zip pada hujung lengan baju.

 

Selain itu, zip juga dijahit pada bahagian dada baju bagi memudahkan ibu-ibu menyusukan anak, manakala poket pula memudahkan kita menyimpan barang-barang kecil seperti dompet atau sapu tangan.

 

Menamakan koleksi kurung merdeka ini Melur dan Khadijah, saiz yang ditawarkan adalah S, M, L, XL,2XL dan 3XL untuk dewasa dan kanak-kanak.

 

Harga sepasang dewasa ialah RM69, manakala kanak-kanak RM59.

 

Untuk memeriahkan lagi sambutan hari kemerdekaan negara tahun ini, ByReefa memberi percuma kerongsang merdeka untuk setiap pembelian.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker