Lelaki ditikam pesakit mental di Hospital Selayang stabil

Gombak: Lelaki yang cedera ditikam seorang pesakit mental di Hospital Selayang, di sini semalam disahkan berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan, mangsa yang menghidap demam denggi datang ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan sebelum diserang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berhubung kejadian itu, pihaknya akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) berhubung pesakit mental di wad kecemasan dan klinik.

“Sebelum tular maklumat yang salah, saya ingin memaklumkan bahawa kejadian lelaki ditikam (semalam) membabitkan pesakit mental yang dibawa ke hospital oleh polis.

“Ia boleh terjadi di mana-mana sahaja, jadi kita akan mengkaji semula SOP berhubung pesakit mental bagi menjamin keselamatan pesakit lain di wad kecemasan dan klinik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, mangsa yang cedera akibat tikaman itu berjaya diselamatkan pasukan perubatan dan dalam keadaan stabil.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker