Lelaki Pedofilia Bersalah Dijatuhi Hukuman ‘Buang’ Alat Jantan

Guna dokumen palsu dapatkan tender, usahawan didenda RM24,000

Seorang lelaki di Kazakhstan didapati bersalah memperkosa anak tirinya yang berusia lapan tahun, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal sehingga doktor terpaksa mengeluarkan rahimnya, dijatuhi hukuman kembiri.

Rahim mangsa terpaksa dikeluarkan

Memetik laporan Mirror UK, mangsa telah didera selama tiga tahun bermula ketika dia berusia lima tahun oleh perogol yang sudah empat kali berkahwin itu, dan diugut bunuh oleh lelaki tersebut untuk merahsiakan perbuatannya daripada ibunya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang dikawal ketat selama 25 tahun ke atas tertuduh dan memerintahkannya menjalani pengembirian kimia secara paksa.



Menurut ibu mangsa, tertuduh telah mengaku bersalah atas perbuatannya dan telah meminta agar dirinya dibunuh.

Anak perempuan saya memberitahu bahawa dia berasa pening kerana terjatuh dari blok bangunan. Saya tidak faham lalu mengangkatnya dan mendapati dia dalam keadaan berdarah.

Sejurus selepas itu, dia (tertuduh) mendekati saya dan meminta maaf. Saya pengsan kerana terkejut.

Apabila sedar, terdapat beberapa pisau di hadapan saya dan dia (tertuduh) meminta saya membunuhnya kerana perbuatannya.



Mangsa kemudian dibawa ke hospital dalam keadaan nyawanya berada pada tahap bahaya selama sebulan dan rahimnya dikeluarkan menerusi pembedahan kerana kerosakan dalaman yang kronik.

Mangsa turut mengalami trauma yang teruk dan diberi sokongan psikologi.

Mirror UK



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button