Masalah brek punca 8 kenderaan berlanggar

Puchong: Polis menahan pemandu lori yang menyebabkan berlakunya perlanggaran lapan kenderaan di Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil dekat sini, hari ini.

Kemalangan kira-kira 2 petang itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Aizuddin Ab Wahab berkata, lori muatan kerikil itu dipandu lelaki 34 tahun dari arah Bukit Jalil menghala ke Puchong .

“Siasatan lanjut mendapati kejadian berpunca daripada masalah brek lori berkenaan.



“Pemandu yang terbabit dalam kejadian itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, semakan rekod juga mendapati pemandu lori terbabit memiliki 13 rekod saman trafik namun sudah dijelaskan.

Tambahnya, ujian alkohol pemandu itu juga negatif.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker