PBM umpama ‘katak’ mencari dahan berpaut

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Zuraida Kamaruddin-PBM umpama 'katak' mencari dahan berpaut

PBM (Parti Bangsa Malaysia) kini umpama ‘katak’ mencari dahan untuk berpaut apabila mengemukakan permohonan untuk menyertai Barisan Nasional.

Presiden ‘pengganti’ Datuk Zuraida Kamaruddin menyatakan parti itu telah memohon secara rasmi untuk menjadi komponen BN.

Secara dasarnya, respon awal dari penyokong BN tidak mahu menerima kemasukan PBM kerana beberapa faktor.

PBM umpama 'katak' mencari dahan berpaut

Zuraida sebelum ini merupakan Naib Presiden PKR telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebaik ‘Langkah Sheraton’ digerakkan. Bagaimanapun, selepas PRN Johor, pimpinan tertinggi PPBM merungut mengenai masalah disiplin Zuraida.

Walau penafian awal dilakukan Zuraida yang mengaitkan dirinya dengan PBM, tindak-tanduk Zuraida dalam kempen PRN Johor tidak selari dengan PPBM menguatkan lagi desas-desus tersebut.

Akhirnya, Zuraida meninggalkan PPBM dan menyertai PBM lalu dilantik sebagai Presiden ‘Pengganti’.

PBM (Parti Bangsa Malaysia) kini umpama 'katak' mencari dahan untuk berpaut apabila mengemukakan permohonan untuk menyertai Barisan Nasional.

Bayangkan, jika beliau yang telah bergelumang begitu lama dengan PKR boleh bertindak ‘melompat’ semata untuk menyelamatkan jawatannya selepas kejatuhan PH pada Januari 2020, apa yang tidak boleh dilakukan Zuraida kepada BN?

Seorang ahli politik yang tidak mempunyai prinsip setia kepada parti sebenarnya jauh lebih berbahaya daripada ‘ular’ dan BN tidak perlu ‘menggalas batu jika tiada beban’.

BN seharusnya membuka peluang kepada parti yang mesra dan kekal setia kepada BN selama ini. Bukannya memberi ruang untuk barisan ‘katak’ yang terbukti tidak kekal prinsip politik mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker