Polis cari suspek kes pergaduhan di Jalan Silat Harimau

Iskandar Puteri: Polis sedang mengesan suspek yang tular dalam pergaduhan membabitkan beberapa individu di Jalan Silat Harimau di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, berdasarkan rakaman tular itu, suspek memukul seorang lelaki dengan sebatang kayu.

“Dalam insiden itu, berlaku pertengkaran mulut dan seorang suspek bertindak agresif memukul seorang lelaki dengan kayu.

“Sehubungan itu polis memohon agar mana-mana individu yang menjadi saksi kejadian tampil membuat laporan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, tular di laman sosial rakaman berdurasi satu minit 28 saat mengenai pergaduhan itu.

METRO

Leave a Reply