Rafizi bertanding Kuantan, Fuziah ke Indera Mahkota

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Rafizi bertanding Kuantan, Fuziah ke Indera Mahkota



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dikatakan akan bertanding di Parlimen Kuantan bagi mengekalkan penguasaan PKR.

Manakala itu, penyandang Parlimen Kuantan, Fuziah Saleh pula berpindah ke Indera Mahkota bagi mencabar Saifuddin Abdullah.

Maklumat awal yang didapati menyatakan, Rafizi berminat kerusi Kuantan atas beberapa faktor. Beliau yang membesar di Kemaman menjangkakan mampu mendapat sokongan pengundi Kuantan yang berasal dari Terengganu.

Rafizi bertanding Kuantan, Fuziah ke Indera Mahkota



Isu Lynas, yang gagal ditangani Fuziah Saleh semasa menjadi Timbalan Menteri tidak akan disentuh Rafizi, sebaliknya beliau akan membawa slogan ‘Ayuh Malaysia’ bagi mempengaruhi pengundi.

Pada 2018, pengundi kaum Melayu menguasai parlimen Kuantan dengan kelebihan 70.80%, Cina 25.66%, India 2.96% manakala lain-lain 0.59%.

Mei 2018, Fuziah memenangi Kuantan dengan majoriti 8,111 undi mengalahkan BN dan PAS dengan kemenangan 22,807 undi.

Untuk Rafizi memenangi kerusi Kuantan, cabaran terbesar beliau datang dari BN yang dijangka akan meletak calon muka baru dari UMNO.



Untuk Rafizi mempengaruhi pengundi Kuantan dengan ‘Formula Songsang’, ia nampak agak sukar memandangkan beliau bukanlah orang tempatan yang mengenali selok-belok Kuantan itu sendiri.

Apatah lagi kelompok pengundi Kuantan langsung tidak pernah disantuni Rafizi sepanjang tempoh beliau ‘melarikan diri’ dari dunia politik. 

Rafizi bertanding Kuantan, Fuziah ke Indera Mahkota

Mungkin Rafizi bagus dari sudut propaganda selain merupakan antara penghasut terbaik keluaran PKR, namun untuk membayangi ‘kejayaan’ Fuziah bukanlah sesuatu yang mudah.



Selama 3 penggal Kuantan dikuasai Fuziah, boleh dikatakan ‘banyak’ kemajuan di bawa beliau yang sangat diingati pengundi Kuantan.

Rafizi bertanding Kuantan, Fuziah ke Indera Mahkota

 

Antaranya ialah kisah ‘ayam berkepala sotong’ selain kisah -kisah sedih toksid yang telah ‘membunuh’ ramai penduduk Kuantan akibat pembukaan kilang Lynas.



Jadi untuk Rafizi menang hati pengundi Kuantan, beliau perlu merangka ‘drama baru’ untuk menyaingi populariti Fuziah. Mungkin Rafizi akan membentangkan lebih banyak ‘formula tong sampah’ ke Kuantan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button