Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan untuk membebas dan melapaskan presiden UMNO, DS Zahid dari 40 pertuduhan rasuah ke atas DS Zahid.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap DS Zahid.

Baca di sini:



https://umno-online.my/2022/09/23/rasuah-vln-ahmad-zahid-lepas-bebas/

Dengan keputusan itu, maka peguambela tidak perlu memanggil saksi pembelaan dan berhujah untuk membela DS Zahid.

Dalam artikata lain, tiada perbicaraan pembelaan yang akan berlaku.

Bukan penulis mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.



Penulis akui, hakim membuat keputusan yang tepat dan adil selepas membaca penghujahan kehakiman mahkamah.

Namun bagi pendapat penulis, selain dari kegembiraan yang dirasakan oleh pihak penyokong DS Zahid, ada pihak lain yang turut gembira.

Mengapa mereka gembira sedangkan mereka adalah musuh politik DS Zahid yang mahu melihat DS Zahid merengkok di dalam penjara sebagaimana DS Najib?

Sebenarnya pihak tersebut sudah tersilap di dalam membuat percaturan mereka.

Kenyataan David Tan Di Mahkamah Telah Mengubah Skrip Asal

Segalanya nampak berjalan lancar seperti skrip yang mereka sediakan, namun apabila saksi pendakwa, David Tan, memberikan keterangan pada 25 Julai 2022, segalanya berubah.

Dalam pemeriksaan balas peguambela DS Zahid ke atas David Tan, beliau telah mendedahkan, selain DS Zahid, ada beberapa ahli politik turut menerima sumbangan dana politik dari UKSB.

Seluruh negara terkejut apabila nama Dr Mahathir, Muhyiddin Yasin, Hishamuddin Hussien, Shafie Apdal, Reezal Merican turut dinamakan oleh David Tan sebagai penerima sumbangan.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/979963/tun-m-terima-dana-politik-rm26-juta-daripada-uksb-saksi-pendakwaan

Apabila nama-nama tersebut bangkit di mahkamah, dengan segera timbul persoalan di kalangan rakyat, mengapa hanya DS Zahid seorang yang didakwa?

Dan sekiranya keputusan mahkamah adalah supaya DS Zahid diarahkan untuk membela diri, sudah pasti semua mereka yang tersenarai itu akan dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah.

Benar, mengikut undang-undang di Malaysia, menerima dana politik bukan merupakan satu kesalahan.

Tetapi pihak peguambela sudah pasti akan berusaha sedaya upaya untuk merungkai persoalan mengapa hanya DS Zahid seorang yang didakwa.

Untuk merungkainya, sudah pasti pegawai penyiasat yang sudah membuka kertas siasatan ke atas Hishamuddin akan dipanggil.

Mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya akan dipanggil untuk diketahui atas arahan siapa beberapa fail yang melibatkan senarai ahli politik yang menerima dana tersebut tidak didakwa.

Ini akan membawa kepada lebih banyak pendedahan yang lebih memeranjatkan rakyat Malaysia.

Cara yang terbaik adalah menamatkan kes ini dan menumpukan perhatian ke atas kes yang lagi satu.

Mengapa Hanya Kes Kedua Sahaja Di Arahkan Untuk Di Percepatkan

Jangan lupa, surat arahan dari Jabatan Peguam Negara supaya hakim memberikan keutamaan kepada kes DS Zahid hanya dikeluarkan kepada kepada hakim yang menghakimi kes DS Zahid di Mahkamah Kuala Lumpur sahaja.

Mengapa hakim di Mahkamah Tinggi Selangor tidak menerima surat arahan yang sama dari Jabatan Peguam Negara?

Apakah ketika itu skrip asal ke atas kes DS Zahid di Mahkamah Tinggi Shah Alam sudah ditukar?

Sekali lagi penulis tekankan, bukan penulis menuduh pihak mahkamah tunduk kepada arahan pihak tertentu.

Semuga pihak peguambela DS Zahid lebih berhati-hati dalam kes kedua DS Zahid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Takut skrip yang disedang digunakan tidak akan ditukar!!!

 

Pembebasan Zahid Adalah Atas Arahan Pihak Tertentu?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker