Bukan perkara baru untuk rakyat – Khaled Nordin

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal

Bukan perkara baru untuk rakyat - Khaled Nordin



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin menyifatkan bukan perkara baru untuk rakyat dengan pelancaran Gagasan Tanah Air (GTA) oleh Tun Mahathir semalam.

Bagi beliau, apa yang dibuat Mahathir hanyalah semata untuk mencari pengaruh daripada orang Melayu bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15.

Khaled membandingkan apa yang ditawarkan GTA hanyalah muka-muka lama politik dan tidak mengimbangi pola pengundi muda yang bakal menguasai undi PRU15.

“semua orang bebas untuk cuba parti politik, tetapi ini bukan perkara baru yang dibuat bagi mengambil hati rakyat dan masyarakat.



“mungkin sebab masa sudah dekat (PRU),  mungkin sudah tidak ada cara lain maka inilah cara mereka (GTA), kalau mahu bercakap mengenai masa depan apa mestilah ada yang muda, yang kita lihat semua yang ada situ semuanya ‘all the season politician’, kita terima siapa sahaja boleh bertanding”

Beliau berkata demikian apabila ditanya wartawan yang menunggu keputusan hasil mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi di WTC Kuala Lumpur.

Ditanya mengenai hasil mesyuarat MKT, Khaled menyerahkan kepada Setiausaha Agung UMNO untuk menerangkan kepada umum perbincangan selama hampir 2 jam MKT.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button