‘MINDEF, Menteri Pertahanan abaikan 10 surat teguran, bantahan Panglima TLDM’

KUALA LUMPUR: CCCCC dan Boustead Naval Shipyard (BNS) dalam pelaksanaan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Menurut laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai perolehan LCS, mendedahkan pada asalnya reka bentuk kapal jenis SIGMA pilihan TLDM dipersetujui oleh Menteri Pertahanan, namun keputusan itu diubah kepada reka bentuk kapal jenis GOWIND pada 11 Julai 2011.

Perubahan itu atas cadangan syarikat BNS yang dibawa kepada Menteri Pertahanan pada 8 Julai 2011.

Panglima Tentera Laut ketika itu, Laksamana Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar, menyifatkan keputusan terbabit adalah sesuatu yang salah.

Dalam laporan prosiding PAC pada 27 Julai tahun lalu, Abdul Aziz memaklumkan beliau mengemukakan sekurang-kurangnya 10 surat teguran, surat tidak puas hati, surat untuk memaklumkan pendirian TLDM.

Kepada Ketua Setiausaha pula katanya, beliau mengirimkan sebanyak 10 surat.

Ia termasuk lima surat kepada Menteri Pertahanan, satu surat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, satu surat kepada Ketua Setiausaha Negara dan turut mengutuskan dua surat kepada Perdana Menteri.

“Jadi surat-surat telah pun diarkibkan untuk memastikan ia tersedia untuk rujukan dan saya tidak akan dipersalahkan atas kegagalan saya menjalankan tugas sebagai Panglima Tentera Laut.

“Kerana daripada awal lagi saya telah menegur tatacara perolehan. Daripada awal lagi. Saya telah menegur tatacara perolehan…saya kata something is gravely wrong (sesuatu yang salah).

“Jadi, saya tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan ini di luar tetapi ini adalah peluang terbaik saya untuk memaklumkan bahawa saya sudah merekodkan kekecewaan terbesar kepada semua orang yang sepatutnya mendengar apa saya perkataan,” katanya.

Dalam prosiding sama, Abdul Aziz turut memberikan analogi kepincangan projek LCS dengan menggambarkan keadaan pada ketika itu sesuatu yang pelik kerana perolehan dilakukan oleh kerajaan bagi TLDM sebagai pengguna tetapi kuasa sepenuhnya diberikan kepada BNS.

Katanya, BNS mengeluarkan beberapa kenyataan atau surat yang menyatakan semua pilihan TLDM adalah tertakluk pada penilaian dan verifikasi mereka.

“Jadi ini pelik. Kalaulah kita buat rumah…jika saya mahukannya, kamu mesti dapatkannya. Betul atau tidak? Hakikatnya ia berlaku sebaliknya, jelas menunjukkan itu tidak telus,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa BNS menyatakan beberapa langkah untuk pemilihan peralatan bagi tujuan penjimatan, namun selepas verifikasi kos dilaksanakan perkara itu didapati tidak benar.

“Walaupun semua surat, melihat pembentangan peribadi kepada semua sama ada KSU (Ketua Setiausaha), Perdana Menteri, kita sedang berjuang dalam pertempuran yang kalah. Kami bertarung dalam pertempuran yang kalah. Sejak awal ia tidak betul.

“Apabila Boustead diberi kelonggaran untuk memilih peraturan-peraturan yang sesuai dengan mereka. Saya sebagai Panglima Tentera Laut dapat perhatikan. Barangkali ada beberapa mengatakan bahawa…saya berasakan bahawa dalam suatu keadaan Boustead ini sudah angkuh.

“Ia bermaksud sangat angkuh dan mereka seolah-olahnya menjadi sangat dilindungi. Maknanya, saya boleh tulis apa sahaja. Panglima Tentera Laut boleh tulis apa sahaja tetapi tidak memudaratkan kepada mereka. Saya letak dan hantar kepada KSU surat berkenaan,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker