Pelajar parah terlanggar gajah

KLUANG: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas motosikal ditungganginya terlanggar seekor gajah di Jalan Kota Tinggi-Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini malam tadi.

Ibu mangsa, Mislawati Paiman, 46, berkata, anaknya Muhammad Danish Saedin, 17, yang menunggang motosikal bersendirian kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Katanya, sebelum kejadian jam 10 malam itu, Muhammad Danish dikatakan mengisi minyak motosikal di Taman Seri Impian sebelum pulang ke rumah mereka di Taman Sri Lambak.

“Doktor mengatakan terdapat pendarahan di kepala dan ketika ini anak saya sedang ditidurkan dan berada dalam keadaan stabil.

“Saya mendapat tahu kemalangan berkenaan daripada rakan anak yang bergegas mencari saya di rumah sebelum kami sekeluarga bergegas ke Unit Kecemasan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

“Difahamkan saksi kejadian mengatakan anak saya ketika ditemui masih sedar selepas pelanggaran itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, dia berharap pihak berkuasa memandang serius isu kehadiran gajah di kawasan berdekatan perumahan penduduk di Kluang sejak kebelakangan ini.

“Saya mohon pihak berkuasa supaya memasang lampu jalan di kawasan gelap dan berharap kejadian seperti ini tidak berulang lagi pada masa depan,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker