Penghantar makanan maut rempuh lori

KUALA SELANGOR: Penghantar makanan maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang lori muatan kelapa di Kilometer 44 Jalan Klang-Teluk Intan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata siasatan ke atas kejadian jam 4.33 petang mendapati lori dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dalam perjalanan menghantar bekalan kelapa dari Bagan Datuk, Perak menghala ke Selayang.

“Tiba di lokasi, pemandu memperlahankan kenderaannya kerana menghampiri kawasan lampu isyarat.

“Motosikal Yamaha 135 LC ditunggang mangsa berusia 23 tahun itu datang dari arah belakang dan merempuh penghadang belakang kiri lori,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Ramli berkata, pelanggaran itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker