SMS bantuan khas kewangan masuk e-dompet, palsu

KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) menyatakan bantuan khas kewangan sudah dikreditkan ke akaun e-dompet Touch N Go (TNG) mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan menyebut, pihaknya mengesan ada pihak yang melakukan penipuan ID penghantar ‘GOV’ menggunakan nama organisasi MySejahtera menghantar SMS palsu itu.

Beliau berkata, pihak MySejahtera juga sudah membuat penafian berhubung penghantaran SMS itu dan MCMC sudah bertindak membuat sekatan ke atas akses pautan palsu itu.

“Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dan menyemak sebarang kandungan SMS yang disyaki palsu dengan cara menghubungi organisasi terbabit.

“Ini bagi mengelakkan anda menjadi mangsa sebarang aktiviti penipuan.

“Pihak polis juga sudah menggesa orang ramai supaya berwaspada dengan taktik serta modus operandi penipuan,” katanya.

MCMC menyebut, individu yang didapati menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker